02. Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya
Tamadun Melayu Serumpun harus menyesuaikan mayatilik ekoposialnya untuk seimbang dan selari, secepat pantas memasuki paradigma baru budaya di mana dunia sedang bergerak ke zaman menyempurnakan modernitas selepas melalui semua perkembangan di sepanjang abad-abad modernisme dan pasca modernisme. Munculnya zaman Ekonomi Baru (New Economi) yang bertunjangkan saitek informasi (information age) selepas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh masyarakat pertanian dan perindustrian (Gernot Böhme, 2001: 67) sebelumnya, telah membawa dunia ke zaman ekonomi estetik yang dipacu oleh perusahaan budaya (Pierre Bourdieu, 1990: 161). Dari Rosseau dengan romantisme, dari Carlyle, Ruskin, Arnold, Wagner dan Nietzsche serta kritikan-kritikan normatif yang lain mendapati budaya berasaskan pasaran adalah simptomik peradaban dekaden, sekadar dialektika pencerahan, atau tentang kemanusiaan satu dimensi yang membawa kepada berakhirnya sejarah, seni, subjek dan pengalaman. Kesempurnaan modernisasi bukannya apocalyptic tetapi entropic: pertembungan di antara utopia dan dystopia (Julian Barnes, 1998: 87).
Perusahaan budaya akan muncul sebagai gelombang kebangkitan nilai, norma, dan sistem baru terutama dalam melengkapkan keperluan, kemestian dan perubahan-perubahan bentuk dan kandungan yang dibawa dalam zaman informasi dan media. Heidegger menyebutnya sebagai “the age of World Picture” (1938) yang mengandungi lima komponen modernitas yang berperanan dalam membentuk corak penghidupan dan mengawal situasi fenomena ekoposial iaitu: 1) sains, 2) teknologi, 3) pengalaman seni dan estetika, 4) budaya direalisasikan sebagai nilai tertinggi, atau disebut politik budaya, dan 5) de-divinisasi dunia, yang digaris bawahi oleh pengaruh dan penguasaan agama.
Pengaruh pasaran fizikal akan mengecil, dan bangkit pasaran estetik dengan pengaruh dan penguasaan saitek sibermedia yang telah mentransformasikan realiti virtual kepada realiti nyata, dengan segala bentuk industri fizikal termasuk cara hidup yang selama ini distrukturkan oleh nasionalisme lokal berubah sepenuhnya ke dalam suatu persaingan perusahaan budaya yang sangat-sangat terbuka. Masyarakat yang tidak bersedia membina renstra dalam menantang perubahan struktur ekoposial dan masih bergantung kepada kepercayaan pemeliharaan nilai, sistem, dan amalan kepada tradisional akan lemah dan terhapus, dan masyarakat yang menguatkan diri dengan menyertakan diri dalam pertempuran perusahaan budaya secara bersatu dalam sikap nasionalisme global dan kulturalisme global (Walter Benjamin, 1991: 79-111) akan mencapai kemajuan dan kesejahteraan ekoposial yang lebih sempurna. Dalam abad-abad multimedia yang seperti ini tamadun Melayu Serumpun akan mengecil dengan dahsyatnya seandai sebuah gerakan menyatupadukan sumber, peranan pembentukan dan pembangunan nilai, sistem dan kandungan dari semua aspek ekoposial seperti pendidikan, perekonomian dan pembangunan perusahaan media, tidak direncanakan segera.
The culture industry is the combined force of the mass media, news/information and entertainment as well as sports, fashion & cosmetics, architecture, design and those other creative practices that help constitute popular experience – what can be referred to as everyday life. Since the post- WWII period, American cultural icons like Coca-Cola and the Hollywood movie have served as the lingua franca of modernization – for both its own citizenry as well as for people throughout the world. With the end of the Cold War, media conglomerates have consolidated a unified global structure of cultural life… Globalization of the culture industry is orchestrated through highly integrated media conglomerates that control the lion’s share of the popular entertainment and information marketplace (David Rosen, 2005: 3)
Veronis Shuler Stevenson (2003: 44-47, 75) menyatakan setidaknya dalam persaingan perusahaan budaya dalam era multimedia digital serta informasi sekarang ini empat media popular menguasai pasaran dunia – wayang gambar (filem), muzik, permainan video dan buku-buku pengguna – menakluki pasaran domestik Amerika Syarikat dengan anggaran US57.3 bilion pada tahun 2002, dengan hampir US10 bilion pendapatan independen hanya dari empat pasaran ini. Persaingan dan perebutan dalam perusahaan budaya memuncak sebanyak 15 hingga 17 peratus dari tahun 2002 hingga 2003 dan akan meningkat ke tahap melebihi 35 peratus pada tahun-tahun berikutnya. Perusahaan budaya akan memberi pulangan ekonomi yang terbesar menjelang 2010 dengan hampir 40 peratus pasaran ekonomi domestik Amerika Syarikat adalah datang dari perusahaan budaya khususnya keempat-empat industri media budaya tadi.
Statistik pasaran global perusahaan budaya, yang merujuk kepada industri filem dan hiburan dibawa untuk berkomparatif dengan potensinya dalam benua Melayu Serumpun, iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Brunei, Selatan Thailand serta masyarakat Melayu antarabangsa yang bertebaran di mana sahaja misalnya Afrika Selatan, Australia, Eropah dan Asia Barat. Persaingan dalam industri budaya yang sangat ketat sudah tentu tidak
akan punya upaya buat perusahaan media dan perusahaan budaya Melayu untuk bersaing dengan lebih adil dengan masih mengamalkan cara nasionalisme lokal, kerana batasan-batasan dari aspek modal kewangan mahupun modal insan, juga pengetahuan dan pengalaman serta kepercayaan untuk masyarakat antarabangsa menerima telah mencapai merit dan standard antarabangsa. Justeru itulah potensi yang ada ini perlu diperkasakan, dan caranya ialah dengan mewujudkan persepakatan dan perkongsian cara, renstra, dasar dan implimentasi pembangunan, yang sekira produk-produk budaya tadi sukar menembusi imperialisme perusahaan budaya dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan lain-lain setidaknya pasaran domestik Melayu Serumpun telah cukup untuk menampung keperluan pasaran perusahaan budaya sendiri. Dengan kata lain Melayu Serumpun harus mendokong globalisasi dalaman yang tidak terlalu ekstrem kepada politik sempadan sebaliknya mengukuhkan ekoposial budaya. Cara untuk bangkit dalam pertembungan berat sebelah akibat globalisasi yang mengheret hegemoni dan imperialisme ekoposial oleh negara-negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat, Eropah, China dan Jepun ialah dengan membentuk kekuatan serumpun berasaskan budaya, dan kekuatan ini hendaklah dijenterakan oleh persepakatan, persefahaman dan perkongsian kekayaan sumber dan kebijakan renstra, dasar dan gerakan politik yang antaranya ialah membina ketumbukan perusahaan budaya secara kolektif (Ellen Wood Meiksins, 1995: 67-69).
Pemetaan anggaran taburan modal insan atau sumber daya profesional dalam perusahaan budaya di Malaysia,Indonesia termasuk Brunei mengikut kajian MANGGIS menjelaskan bagaimana luasnya potensi perkembangan kerjaya, profesionalisme dalam semua bidang dan di semua peringkat, serta lambungan ekonomi yang mungkin akan mewujudkan kumpulan konglomerat peringkat daerah, nasional khususnya di peringkat serumpun yang akan mengembangkan peluang pekerjaan di kalangan profesional bidang media dan budaya di tahap tertinggi, yang dianggarkan iaitu 40 peratus dari seluruh komposisi peluang pekerjaan di peringkat nasional. Namun taburan yang luas ini akan mengecil ke tahap 10 peratus jika sekira proses pemajuan perusahaan budaya tadi berlaku hanya dalam kondisi nasionalisme lokal atau pasaran daerah dan nasional tidak bergabung secara kukuh di peringkat serumpun kerana tekanan globalisasi akan menyebabkan berlakunya migrasi tenaga mahir keluar, dan juga masuk sekaligus merampas pasaran kerjaya tempatan (Paul Gilroy, 1997; 120-123, 67) dan serumpun. Pemikiran lokal hendaklah digantikan dengan pemikiran serumpun (Heinz Steinert, 2003: 86) kerana bentuk, sistem dan cara menguruskan masadepan bangsa Melayu adalah bergantung di atas kebijakan renstra mendepani globalisasi, dan cara terbijak ialah membentuk kesatuan berasaskan budaya dan persefahaman ekoposial.
... bersambung

No comments:
Post a Comment